วันเสาร์ที่ 14 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Jeffrey: K'jaan pilih kasih isu lebuh raya baru

Jeffrey: K'jaan pilih kasih isu lebuh raya baru


Star Sabah menyelar kerajaan persekutuan yang mengurangkan jumlah bajet untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo daripada RM27 bilion kepada hanya RM14.5 bilion.Pengerusinya, Datuk Jeffrey Kitingan berkata, pengurangan jumlah tersebut amat mengecewakan dan tidak boleh diterima.Katanya, perkembangan itu juga menunjukkan kerajaan mengamalkan pilihan kasih untuk projek di semenanjung dan negeri Borneo.Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof minggu lalu mendedahkan bahawa projek lebuh raya sepanjang 2,000km itu melibatkan kos RM14.5 bilion.Sebanyak 95 daripada lorong memotong di lebuh raya tersebut akan dibina di Sarawak, dalam projek yang akan bermula pada Mac.Menteri kelahiran Sarawak itu berkata, kerajaan akan menanggung kos bagi 45 daripada 95 lorong memotong tersebut, manakala yang selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan dan sektor swasta.Projek berkenaan dijangka akan siap menjelang 2022 dengan sebahagian besarnya akan dibiaya oleh pihak swasta, kata menteri itu.“...(Penjelasan) itu tidak boleh diterima,” kata Kitingan.[Baca berita asal]


ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

หมายเหตุ: มีเพียงสมาชิกของบล็อกนี้เท่านั้นที่สามารถแสดงความคิดเห็น

Stats

Sexy wallaper
Sexy Story,Lush Storie
Designed ByBlogger Templates