Daim: Golongan bukan bumiputera tak dipinggir
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menyalahkan golongan ahli politik yang menurutnya mensensasikan dakwaan bahawa golongan bukan bumiputera dipinggirkan.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan ahli politik ini boleh menjejaskan hubungan antara etnik di negara ini.
Veteran Umno itu menjawab soalan mengenai dasar probumiputera yang muncul selepas pilihan raya umum ke-13.
Dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim berkata beliau tidak bersetuju bahawa kerajaan memansuhkan sistem kuota mengenai biasiswa dan pengambilan penjawat awam.
Katanya, kebanyakan kontrak dan lesen diberikan tanpa mengira kaum.
“Tidak berasas jika dikatakan bahawa golongan bukan bumiputera tidak dijaga dan terpinggir,” katanya.
Daim berkata isu berkenaan banyak timbul semasa pilihan raya
“Malangnya, banyak isu disadur dengan isu kaum kerana isu kaum paling murah dan cara paling mudah untuk raih populariti,” katanya.
[Baca berita asal]
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น
หมายเหตุ: มีเพียงสมาชิกของบล็อกนี้เท่านั้นที่สามารถแสดงความคิดเห็น